BAHAGIAN DI MAKMAL KESIHATAN AWAM KEBANGSAAN
Bahagian Pengurusan
Bahagian Pengurusan merupakan nadi dalam menyokong fungsi utama perkhidmatan yang ada di MKAK. Bahagian ini bertanggungjawab untuk merancang, membekal, melaksana dan mengurus perkhidmatan sokongan yang merangkumi fungsi Pengurusan Sumber Manusia & Latihan, Pentadbiran, Aset & Stor serta Kewangan & Perolehan Bahagian ini memainkan peranan penting untuk kelangsungan fungsi utama makmal supaya dasar dan matlamat kesihatan dapat dicapai dan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan selaras dengan perkembangan teknologi terkini.
Di bawah Bahagian Pengurusan, terdapat tiga (3) seksyen utama iaitu :-
Seksyen
Sumber Manusia & Latihan
Seksyen
Pentadbiran, Aset & Stor
Seksyen
Kewangan & Perolehan
Bertanggungjawab terhadap pengurusan Perkhidmatan Kakitangan
Bertanggungjawab terhadap pengurusan Panel Pembangunan sumber Manusia Jabatan
Bertanggungjawab terhadap pengurusan Anggaran Belanjawan Tahunan bagi Perjawatan
Bertanggungjawab terhadap pengurusan HRMIS Jabatan
Bertanggungjawab terhadap pengurusan Tatatertib Jabatan
Bertanggungjawab terhadap pengurusan Latihan Dalam Perkhidmatan
Bertanggungjawab terhadap pengurusan Perjalanan Keluar Negeri (Rasmi)
Bertanggungjawab terhadap pengurusan Perjalanan Keluar Negara (Tidak Rasmi)