1. Saya sudah sampai di Hospital X. Di manakah saya perlu menghantar sampel ini?

Makmal di hospital dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) adalah dua (2) agensi berlainan dan berada di lokasi berlainan. MKAK terletak di Kampung Melayu, Sungai Buloh, Selangor Darulehsan. Peta lokasi boleh dirujuk di bawah tajuk Hubungi Kami.

2. Apakah jenis ujian yang boleh dilakukan di MKAK?

Jenis-jenis ujian boleh dirujuk pada bahagian Penerbitan di bawah tajuk MKAK Service Handbook (Client Charter).

3. Apakah prosedur bagi menghantar sampel ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan?

Prosedur yang perlu dipatuhi boleh dirujuk pada bahagian Penerbitan di bawah tajuk MKAK Service Handbook.

4. Apakah prosedur jika perlu menghantar sampel selepas waktu pejabat atau pada hujung minggu?

Prosedur adalah sama seperti hari biasa. Walau bagaimanapun bagi pengesahan, pihak tuan boleh menghubungi talian Pegawai Bertugas On Call MKAK terlebih dahulu sebelum menghantar sampel semasa hujung minggu atau selepas waktu pejabat.

5. Adakah saya boleh menghantar sampel di lobi MKAK sahaja?

Tidak. Semua sampel untuk ujian perlu dihantar di kaunter Unit Penerimaan Sampel iaitu di sebelah belakang lobi utama MKAK.

6. Apakah prosedur bagi mendapatkan User ID untuk mengakses ke sistem keputusan ujian makmal MKAK (SIMKA)?

SIMKA boleh diakses menggunakan ID Pengguna (User Identification) secara individu. ID ini boleh dipohon kepada pihak MKAK dengan menghantar permohonan secara rasmi ke emel rasmi MKAK di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. . Permohonan tanpa emel rasmi agensi tidak akan diproses kerana maklumat keputusan adalah sulit dan menyalahi Dasar Keselamatan ICT Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi membolehkan permohonan diproses, semua maklumat berikut perlu disertakan.

1) Nama penuh pemohon
2) Jawatan pemohon
3) Nama agensi pemohon
4) Alamat emel rasmi pemohon
5) Alamat emel rasmi Ketua Jabatan/Bahagian/Unit

7. Jika saya berpindah ke hospital lain di dalam negeri yang sama atau negeri yang berlainan, adakah saya perlu memohon semula kata laluan SIMKA?

Tidak.

8. Di dalam SIMKA ada beberapa modul yang berbeza. Adakah saya perlu mendapatkan kata laluan berasingan untuk mengakses setiap modul?

Tidak. ID pengguna iaitu emel rasmi adalah terpakai bagi semua modul. Walau bagaimanapun, kategori ujian perlu dipilih.

9. Apakah tujuan ujian Cholinesterase untuk anggota vector dilakukan?

Tujuannya adalah untuk membuat pengesanan awal sekiranya ada di kalangan anggota vektor yang mengalami keracunan akibat pendedahan pestisid (Organophosphate dan Carbamate).

10. Mengapakah perlu diwujudkan baseline individu?

Baseline individu diwujudkan sebagai penanda aras asas bagi setiap individu untuk memantau sebarang perubahan yang signifikan pada paras kandungan enzim cholinesterase akibat pendedahan kepada pestisid. Seterusnya paras kandungan cholinesterase sampel periodic dapat dibandingkan dengan sampelbaseline bagi mendapatkan interpretasi keputusan yang lebih tepat samada seseorang fogger itu mengalami keracunan atau tidak. 

11. Berapa kerapkah perlu dijalankan ujian baseline cholinesterase?  

Setiap 2 tahun 

12. Saya telah menggunakan emel saya. Walau bagaimanapun, saya masih gagal untuk mengakses masuk ke SIMKA. Apakah masalah yang saya hadapi?

Masalah ini berkemungkinan dari berbagai aspek sama ada dari emel atau pin peribadi yang mungkin telah dikompromi (lupa, ditukar atau digunakan oleh pihak lain). Sila hubungi Unit IT MKAK atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk bantuan.

13. Apakah kaedah lain bagi mengesan keputusan pesakit kerana nombor kad pengenalan pesakit tidak dijumpai di dalam SIMKA?

Masalah ini berkemungkinan dari berbagai aspek sama ada dari nombor rujukan yang dimasukkan tidak tepat atau gangguan sementara mana-mana modul di dalam sistem. Sila hubungi Unit IT MKAK atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk bantuan.