BAHAGIAN PENYAKIT

Bahagian Penyakit berperanan menyediakan perkhidmatan analitikal dan diagnostik makmal dalam pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit serta pengawalan wabak di Kementerian Kesihatan Malaysia. Bahagian Penyakit turut terlibat aktif dalam program-program penyaringan dan surveilan bagi menyokong program yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain daripada itu Bahagian Penyakit turut berperanan sebagai pusat latihan dalam perkhidmatan untuk anggota makmal seluruh negara, pusat pengembangan kaedah, jaminan kualiti makmal dan penyelidikan.



Bahagian Penyakit terdiri daripada 6 seksyen iaitu:
1. Seksyen Virologi

Pengenalan:
Seksyen Virologi dibahagikan kepada empat unit berdasarkan kaedah ujian iaitu :
  • Unit Isolasi Virus
  • Unit Molekul
  • Unit Serologi
  • Unit Elektron Mikroskopi
Seksyen Virologi dilengkapi dengan Makmal Enhanced Biosafety Level 3.
 
Aktiviti:
Antara fungsi seksyen Virologi adalah :
1) Menyediakan  perkhidmatan makmal untuk pengenalpastian dan pencirian patogen bagi aktiviti penyiasatan dan pengawalan wabak.
2) Menyediakan perkhidmatan makmal untuk pengenalpastian dan pencirian patogen bagi menyokong program survelan makmal seperti  berikut :

 
3) Menyediakan  perkhidmatan makmal untuk pengenalpastian dan pencirian patogen yang 'high-end'.
4) Menyediakan reagen rujukan (reference reagents) dan menetapkan standard untuk ujian makmal yang tepat dan kos efektif. 
5) Membangun dan menyediakan perkhidmatan berkaitan aktiviti jaminan kualiti  
6) Membangunkan kaedah diagnostik bagi pengesanan dan pencirian patogen 
7) Melaksanakan sistem pengurusan kualiti bagi memenuhi kehendak akreditasi MS ISO 15189
8) Bertindak sebagai makmal rujukan WHO bagi Measles & Rubella dan Japenese Enchephalitis.
9) Bertindak sebagai makmal rujukan kebangsaan bagi Measles & Rubella, Japenese Enchephalitis. Dengue dan Influenza.



                                                                                                    Lawatan WHO bagi pemantauan Program Eliminasi Measles/Rubella Kebangsaan


2. Seksyen Bakteriologi

Pengenalan:
Seksyen Bakteriologi dibahagikan kepada 4 unit berdasarkan pendekatan sindromik/penyakit iaitu:
  • Unit Penyakit Bawaan Makanan dan Air
  • Unit Penyakit Bawaan Saluran Pernafasan Respiratori
  • Unit Zoonotik dan Persekitaran
  • Unit EQA & Sexually Transmitted Disease (STD)
 
Aktiviti:
Antara fungsi Seksyen Bakteriologi adalah:

1) Menyediakan perkhidmatan makmal untuk ujian pengenalpastian  dan pencirian patogen (enterik, respiratori dan lain-lain) ke atas sampel klinikal dan sampel persekitaran bagi aktiviti penyiasatan dan pengawalan wabak.

2) Menyediakan perkhidmatan makmal untuk pengenalpastian dan pencirian patogen bagi menyokong program survelan makmal seperti berikut:

  • Salmonella spp.
  • Vibrio Cholerae
  • Haemophilus Influenzae
  • Neisseria Meningitidis
  • Leptospira spp.

3) Pengenalpastian patogen penyebab dengan menggunakan kaedah berasaskan kultur sehingga ujian genotaip molekul tinggi seperti PFGE, Multi Locus Sequence Type (MLST), Whole Genome Sequence (WGS) untuk sampel klinikal dan persekitaran.

4) Membangun dan menawarkan Program Kualiti Assurance (EQA) dan Inter-Laboratory Comparison (ILC) bagi Syphilis Serology kepada makmal-makmal kesihatan primer di seluruh Malaysia.

5) Menjalankan ujian penilaian ke atas kit / reagen untuk memastikan prestasi kualiti dan kebolehpercayaan produk.

6) Merangka dan menyediakan latihan teknikal bagi meningkatkan kompetensi pegawai samada MKA, KKM atau lain-lain agensi.

7) Melaksanakan sistem pengurusan kualiti bagi memenuhi kehendak akreditasi MS ISO 15189:2014, MS ISO 17043:2010 dan MS ISO 17025:2017

8) Terlibat dalam penyelidikan bagi patogen berkepentingan kesihatan awam






 
Gambar: Ujian Salmonella Serotyping merupakan salah satu ujian rujukan yang dijalankan oleh Makmal Bakteriologi




3. Seksyen TB & Kusta
 
Pengenalan:
Seksyen TB dan Kusta diwujudkan pada tahun 2011. Seksyen ini terbahagi kepada dua unit iaitu Makmal Rujukan TB Kebangsaan dan Unit Leprosi.


Makmal Rujukan TB Kebangsaan

Pengenalan:

Makmal Rujukan TB Kebangsaan telah memulakan perkhidmatan makmal sejak tahun 2000 dan dikenali sebagai Makmal Tropika, MKAK. Pada April 2003, MKAK telah mengambil alih peranan sebagai Makmal Rujukan Tb Kebangsaan daripada Institut Penyelidikan Perubatan (IPR) secara rasmi. Dengan perkembangan ini, Makmal Rujukan TB Kebangsaan mengalami revolusi dalam perkhidmatan makmal.

Sehingga kini, makmal berkembang sejajar dengan keperluan serta penambahbaikan perkhidmatan makmal untuk mengukuhkan peranan makmal dalam kawalan dan pencegahan penyakit tibi di Malaysia. Perkembangan ini juga adalah sejajar dengan perkembangan ujian diagnostik terkini seperti yang dicadangkan oleh WHO seperti ujian MDR-TB

 

Aktiviti:
Antara fungsi Makmal Rujukan TB Kebangsaan adalah :

1) Menyediakan  perkhidmatan makmal ujian TB, Non-tuberculous mycobacterium (NTM) bagi aktiviti penyiasatan kes dan program survelan.

2) Memberi perkhidmatan Makmal Rujukan TB dan NTM.

3) Membangunkan kaedah diagnostik TB dan NTM mengikut perkembangan semasa.

4) Membangunkan dan melaksanakan perkhidmatan EQA sebagai EQA Provider.

5) Menyediakan latihan komprehensif bagi meningkatkan kompetensi pegawai teknikal dan memantau keberkesanan latihan.

6) Mengadakan lawatan ke fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia bagi pemantauan kualiti makmal di bawah Program TB.

7) Memantau perlaksanaan kualiti makmal berdasarkan standard yang ditetapkan.

8) Kompilasi dan analisa data-data makmal bagi National TB Reference Laboratory dan Non-tuberculosis Laboratory

9) Menjalankan ujian vaccine potency test.

10) Melaksanakan sistem pengurusan kualiti bagi memenuhi kehendak akreditasi MS ISO 15189, ISO 17043, makmal rujukan kebangsaan dan WHO.




UNIT LEPROSI

Pengenalan:
Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan telah mengambil alih aktiviti makmal kusta oleh daripada Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) bermula pada tahun 2008. Walaupun lokasi operasi makmal ini masih dikekalkan di tapak asal iaitu di PKKN.


Aktiviti:
Antara fungsi utama unit ini ialah:

1. Memberi perkhidmatan diagnostik makmal bagi pengesahan dan pengesanan penyakit kusta

2. Menjalankan program kawalan kualiti slaid calitan torehan kulit kebangsaan.

3.Menjalankan surveilan kebangsan bagi kerintangan terhadap antibiotik rawatan kusta.

4. Menyediakan latihan komprehensif bagi meningkatkan kompetensi pegawai teknikal dan memantau keberkesanan latihan.



4. Seksyen Parasitologi & Mikologi

Pengenalan:
Makmal parasitologi mula berfungsi di MKAK pada tahun 2008. Pada asalanya, fungsi unit ini dijalankan oleh Ibu Pejabat Cawangan Penyakit Bawaan Vektor di Putrajaya yang kemudiannya diambil alih oleh MKAK kerana keperluan sumber yang lengkap. MKAK di diarahkan oleh Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit mengambil alih tugas Makmal malaria dan menjurus kepada Makmal Rujukan Malaria serta bersedia sebelum  program Eliminasi malaria yang akan dimulakan pada tahun 2009. Seksyen Parasitologi & Mikologi dibahagikan kepada 3 unit, iaitu Unit EQA & Panel Testing, Unit Special Diagnostic dan Unit Latihan Mikroskopik. Antara fungsi dan servis yang ditawarkan setiap unit di Seksyen Parasitologi dan Mikologi adalah seperti berikut:


 
UNIT EQA & PANEL TESTING
  1. Menyediakan manual panduan pengguna EQA dan mewujudkan bank slaid untuk EQA-Panel Testing peringkat kebangsaan.
  2. Membekalkan slaid EQA- Panel testing malaria kepada Makmal Vector Negeri dan Makmal Kesihaan Awam di peringkat kebangsaan.
  3. Memantau kualiti dan kompetensi mikroskopis malaria di KKM.


UNIT SPECIAL DIAGNOSTICS

  1. Memberi khidmat nasihat dan bertindak sebagai makmal rujukan bagi wabak yang berkaitan.
  2. Menyediakan dan menawarkan ujian-ujian saringan yang berkaitan bagi aktiviti kawalan wabak dan survelan.
  3. Membangunkan ujian berkaitan termasuk ujian molekular bagi membantu aktiviti kawalan wabak dan program survelan.
  4. Menyediakan sumber manusia yang kompeten sebagai persediaan ke lapangan bagi membantu sebarang kes wabak yang berkaitan.
  5. Merancang dan menyediakan input bagi mewujudkan Program Kesihatan Awam, seperti Survelan RIntangan Ubat Anti-Malaria, Survelan P. knowlesi di kalangan PATI atau pekerja asing di ladang getah atau kelapa sawit dan survelan parasite usus di kalangan pesakit psikiatri di hospital kerajaan.


UNIT LATIHAN MIKROSKOPI
  1. Menyelaras latihan mikroskopik malaria yang dianjurkan oleh WHO atau agensi lain.
  2. Menyelaras dan menyediakan modul latihan mikroskopi di peringkat KKM bagi malaria.
  3. Menyelaras dan menyediakan latihan bagi pelatih bagi mikroskopi malaria di Makmal Kesihatan Awam.
  4. Menawarkan kursus jangka pendek dan latihan sangkut bagi mikroskopi malaria di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Lawatan lapangan ke Tawau untuk pengumpulan sampel darah bagi penyediaan BFMP untuk tujuan latihan mikroskopik malaria dan penyediaan slaid EQA PT.



Penyediaan slaid EQA PT Malaria




Kursus ulangkaji mikroskopik malaria 2022 di Pahang





Kursus ulangkaji mikroskopik malaria 2022 di JKWPKL





WHO External Competency Assessment (September 2022) di Kompleks Kesihatan Bandar Botanik, Klang






Gambar:WHO External Competency Assessment (12 - 16 Feb 2018) di Makmal Botanik, Klang



 
5.Seksyen Biokimia

Pengenalan:
Seksyen Biokimia menjalankan ujian bagi tujuan wabak, survelan dan specialized diagnostic bagi penyakit tidak berjangkit. Terdapat 3 makmal di bawah Seksyen Biokimia iaitu Makmal Tar & Nikotin, Makmal Biokimia dan Makmal Logam Berat.
 

Aktiviti:
Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah
  • Program pemantauan rokok dibawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, Akta Makanan 1983.
  • Program Saringan Congenital Hypothyroidism
  • Program Pemantauan Iodine Deficiency disorder.
  • Program Saringan Perubatan dan Kesihatan Pekerjaan.
  • Penyelaras bagi program EQAS Kimia Klinikal di makmal-makmal Klinik Kesihatan di seluruh Negara.

Manakala antara ujian yang dijalankan adalah :

  • Ujian fungsi tiroid (TSH/FT4)
  • Ujian Kimia Klinikal (Glukosa, Fungsi Hati, Fungsi Renal, Profil Lipid, Cholinesterase, ISE, Kalsium, Fosfat).
  • Ujian Iodine di dalam urin.
  • Ujian Logam Berat (Merkuri)
  • Ujian Full Blood Count (FBC)
  • Ujian Kandungan Tar, Nikotin dan Carbon Monoksida di dalam rokok.


 
 
Gambar: Ujian penentuan paras Iodin di dalam sampel urin, menggunakan kaedah   Ammonium Persulphate Digestion with Spectrophotometric Detection of the Sandell-Kolthoff Reaction
 
 
6. Seksyen Entomologi

Pengenalan:
Seksyen Entomologi telah mula beroperasi pada tahun 2012 di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan dengan tujuan pengawasan (surveillance) kerintangan nyamuk terhadap racun serangga (IR). Pemantauan atau pengawasan kerintangan (resistance) vektor terhadap racun serangga adalah merupakan salah satu daripada tugas asas dalam aktiviti pengawasan vektor. Pengisian jawatan adalah seramai empat anggota iaitu 2 Pegawai Sains (Kajiserangga) dan 2 orang Juruteknologi Makmal Perubatan. Makmal Entomologi dan Insektairum beroperasi dari dua buah kabin yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan makmal dengan mengambil kira ciri-ciri keselamatan.


Aktiviti:
Antara fungsi seksyen ini adalah :

1) Menghasilkan dan membekalkan pelbagai koloni serangga di insektarium untuk pengujian dan diagnostik makmal .

2) Membekalkan spesimen atau serangga kepada agensi luar untuk tujuan kajian makmal dan penyelidikan dengan caj.

3) Mengkoloni serangga yang rentan untuk tujuan ujian base line racun serangga dan ujian racun serangga.

4) Menjalankan ujian kerintangan kepada serangga dan haiwan perosak (pest)

5) Mewujudkan "arkib"(archive) pelbagai spesis serangga berkepentingan kesihatan awam untuk rujukan tempatan dan antarabangsa.

6) Menjalankan ujian molekular virus/parasit/filarial pada nyamuk.

7) Pemantauan dan kemaskini maklumat berkaitan vektor dan pathogen peringkat kebangsaan dan serantau.

8) Mewujudkan jaringan dan perkongsian maklumat berkaitan wabak penyakit bawaan vektor yang kritikal diperingkat kebangsaan dan serantau.