Visi

Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan akan menjadi pusat kecemerlangan di dalam memberi perkhidmatan analitikal & diagnostik bagi menyokong survelan penyakit, penyiasatan wabak & keselamatan makanan di Malaysia.

 Misi

Menyediakan perkhidmatan analitikal & diagnostik yang terkini, berkesan kos, tepat pada masa & mesra pelanggan & juga berfungsi sebagai pusat rujukan makmal kebangsaan bagi patogen tertentu & ujian makanan.

Membangunkan survelan berasaskan makmal bagi penyakit berjangkit yang mempunyai potensi epidemik & pandemik sebagai sebahagian dari sistem amaran awal & tindakan bagi wabak penyakit berjangkit.

Menyediakan keperluan latihan komprehensif bagi anggota makmal Kementerian Kesihatan Malaysia.