Bahagian Pengurusan merupakan sokongan penting kepada fungsi utama MKAK. Bahagian ini bertanggungjawab untuk merancang, membekal, melaksana dan memperbaiki perkhidmatan sokongan yang merangkumi fungsi Pengurusan Personel, Pentadbiran dan Aset serta Perolehan dan Kewangan. Bahagian ini memainkan peranan penting untuk kelangsungan fungsi utama makmal supaya dasar dan matlamat kesihatan dapat dicapai dan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan selaras dengan perkembangan teknologi terkini.

Di bawah Bahagian Pengurusan, terdapat tiga (3) seksyen utama iaitu :-


        

Seksyen Pentadbiran

Seksyen Pentadbiran MKAK menguruskan urusan pentadbiran am, kenderaan Jabatan dan Jawatan, Keselamatan, Pembersihan , Perpustakaan dan juga Majlis-majlis Rasmi Jabatan.

Seksyen Sumber Manusia & Latihan

Unit Pengurusan Sumber Manusia bertanggungjawab ke atas semua urusan perkhidmatan bagi 266 anggota di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti yang dirumuskan pada Jadual di bawah:-

SENARAI PERJAWATAN MENGIKUT GRED TAHUN 2023
BIL KATEGORI PERJAWATAN ISI KOSONG
1 Pengurusan Tertinggi 2 2 0
2 Pengurusan & Profesional 91 73 18
3 Paramedik & Auksiliari 140 133 70
4 Sokongan dan Pelaksana 33 27 6
5 Personel Mystep - 17 16

Pengurusan Personel

Aktiviti utama unit ini adalah menyediakan perkhidmatan pengurusan personel yang cekap dan berkesan. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah semua urusan perlantikan, pengesahan lantikan dan perkhidmatan, kenaikan pangkat , persaraan, penyimpanan rekod perkhidmatan personel dan lain-lain. Fungsi lain pengurusan personal adalah Panel Pembangunan Sumber Manusia yang bersidang secara berkala bagi membincangkan pelbagai isu perkhidmatan seperti pergerakan gaji tahunan dan pemilihan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, mencadangkan calon bagi Pingat Perkhidmataan Cemerlang dan Penganugerahan Pingat Peringkat Negeri dan Persekutuan ke Kementerian Kesihatan Malaysia.


Pengurusan Latihan

Unit Latihan merupakan satu unit yang penting dalam memaastikan semua urusan untuk mempertingkatkan kompentensi modal insan dapat dicapai selaras dengan dasar latihan kerajaan supaya semua penjawat awam perlu menjalani latihan sekurang-kurangnya 7 hari setahun.

Seksyen Kewangan

Seksyen Kewangan MKAK bertanggungjawab menguruskan pengurusan kewangan yang berkaitan dengan Kakitangan MKAK termasuk bayaran gaji, elaun, ganjaran dan bonus, pemprosesan bil serta pembayaran tuntutan dalam < 14 hari di bawah belanja mengurus, dasar sedia ada, dasar baru, pembangunan dan Aset.