TAWARAN LATIHAN INDUSTRI /PRAKTIKAL

MAKMAL KESIHATAN AWAM KEBANGSAAN (MKAK) KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia menawarkan tempat bagi latihan industri/praktikal kepada pelajar-pelajar di peringkat Diploma, Sarjana Muda, Pasca Siswazah & Doktor Falsafah dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) Tempatan / Swasta bagi memenuhi syarat penganugerahan bidang pengajian masing-masing. Bidang latihan yang ditawarkan merangkumi bidang Teknologi Makmal Mikrobiologi/Perubatan, Teknologi Makmal Makanan dan Mikrobiologi Perubatan. Pelajar-pelajar yang berminat untuk menjalani latihan industri di MKAK perlu mengemukakan dokumen - dokumen berikut bagi tujuan pertimbangan & kelulusan penempatan serta agihan projek / tugasan yang bersesuaian dengan bidang pengajian pelajar:


Surat Rasmi dari pihak Universiti

Resume

Transkrip yang terkini

dan alamatkan kepada :

Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan
Lot 1853 Kampung Melayu 47000 Sungai Buloh
Selangor Darul Ehsan
(U/P: Puan Hazlinda binti Ahmad)


Tempat adalah terhad. Calon-calon yang mempunyai akademik merit yang baik serta mempunyai latar belakang bidang pengajian yang bersesuaian akan diberi keutamaan. Segala perbelanjaan sepanjang tempoh latihan adalah di bawah tanggungan pemohon sendiri. Permohonan Latihan Industri dibuka sepanjang tahun. Walaubagaimanapun, permohonan mestilah diterima oleh pihak MKAK selewat-lewatnya (2) bulan sebelum cadangan tarikh mula latihan pemohon. Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:

Puan Hazlinda Ahmad Dr Esah Md Ali
Pembantu Tadbir
Bahagian Kualiti
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Tel: 03 61261200 samb.1017
Fax: 03 61402249 
Laboratory Improvement &
Regulation (Head)
Bahagian Kualiti
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Tel: 03 61261200 samb. 1220