TAWARAN LATIHAN INDUSTRI DI MAKMAL KESIHATAN AWAM KEBANGSAAN
PERMOHONAN UNTUK LATIHAN INDUSTRI DAN AMALI
MAKMAL KESIHATAN AWAM KEBANGSAAN (MKAK)
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Kami menawarkan tempat bagi latihan industri/praktikal kepada pelajar-pelajar di peringkat Diploma, Sarjana Muda, Pasca Siswazah & Doktor Falsafah dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam / Swasta bagi memenuhi syarat penganugerahan bidang pengajian masing-masing. Bidang latihan yang ditawarkan merangkumi bidang Teknologi Makmal, Mikrobiologi Perubatan, Bioteknologi Makanan, Biokimia, Epidemiologi dan statistik, Teknologi Maklumat, Entomologi serta Pengurusan Pentadbiran.
Calon yang berminat perlu menghantar salinan soft copy dokumen berikut ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dan This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
|
|
|
Tempat adalah terhad. Keutamaan diberi kepada calon dari institusi yang mempunyai Memorandum of Agreement (MoA) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan bidang pengajian yang bersesuaian. Segala perbelanjaan sepanjang tempoh latihan adalah di bawah tanggungan pemohon sendiri.
Permohonan dibuka sepanjang tahun dan mestilah diterima oleh pihak MKAK selewat-lewatnya (2) bulan sebelum cadangan tarikh mula latihan pemohon. Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut boleh menghubungi pegawai berikut:
Puan Hazlinda Ahmad |
|
Penyelaras Latihan
|