BAHAGIAN MAKANAN

Bahagian Makanan di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) terbahagi kepada empat seksyen iaitu Seksyen Residu, Seksyen Standard Makanan, Seksyen Kontaminasi Makanan dan Seksyen Biologi dan Bioteknologi Makanan.

Seksyen Residu terdiri daripada Unit Residu Racun Perosak dan Unit Residu Dadah. Seksyen Standard Makanan dibahagikan kepada Unit Aditif Makanan dan Unit Standard & Pelabelan Pemakanan.

Seterusnya Seksyen Kontaminasi Makanan terdiri daripada Unit Mikotoksin, Unit Pencemaran Industri & Persekitaran Makanan dan Unit Pencemaran Semula Jadi. Manakala Seksyen Biologi dan Bioteknologi Makanan dibahagikan kepada Unit Mikrobiologi Makanan, Unit Molekular Makanan dan Unit GMO dan Penspesisan Makanan.

Unit Mikotoksin Bahagian Makanan, MKAK telah dilantik sebagai Makmal Rujukan Kebangsaan (NRL) untuk analisis Mikotoksin pada Julai 2005 oleh Jawatankuasa Analisis Makanan (JKAM) yang dipengerusikan ketika itu oleh Jabatan Kimia Malaysia.

Bahagian Makanan MKAK menyediakan perkhidmatan ujian makmal untuk pemantauan dan pengawasan program keselamatan dan kualiti makanan seperti yang termaktub dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Bahagian Makanan juga menyediakan perkhidmatan makmal dan khidmat nasihat bagi kes wabak dan krisis makanan.

Bahagian Makanan MKAK juga berperanan membangunkan kaedah analisis baharu bagi penganalisaan makanan selaras dengan permintaan dan teknologi analisis terkini. Selain itu, makmal ini juga menawarkan perkhidmatan analisis makanan kepada agensi awam lain seperti Jabatan Kesihatan Negeri, Pejabat Kesihatan Daerah, Hospital dan juga agensi dari kementerian lain seperti Jabatan Perikanan dan Biokeselamatan.

Semua juruanalisa makanan di MKAK berdaftar di bawah Akta Penganalisis Makanan 2011 dan mempunyai Perakuan Amalan Tahunan. Bahagian Makanan MKAK  telah mendapat akreditasi bagi persijilan ISO/IEC 17025 dan ISO 9001 untuk memastikan keputusan analisis yang dijalankan adalah berkualiti dan berintegriti. Justeru, bagi memenuhi kriteria persijilan ISO/IEAC 17025 semua parameter yang ditawarkan oleh Bahagian Makanan perlu menyertai menyertai program Ujian Kecekapan (PT) yang dianjurkan oleh pelbagai agensi kebangsaan dan antarabangsa untuk memantau kebolehpercayaan keputusan analisa dan kompetensi juruanalisa.

PERKHIDMATAN:

  • Mikrobiologi Makanan
  • Molekular Makanan
  • GMO dan Penspesisan Makanan
  • Residu Racun Perosak
  • Residu Dadah
  • Standard dan Pelabelan Pemakanan
  • Aditif Makanan
  • Mikotoksin
  • Pencemaran Industri & Persekitaran Makanan
  • Pencemaran Semulajadi

PENCAPAIAN:

  • MS ISO IEC 17025:2017
  • MS ISO 9001: 2018
  • Makmal Rujukan Kebangsaan Mikotoksin



Makmal Rujukan Kebangsaan Mikotoksin (NRL) 

Tanggungjawab utama NRL adalah menjadi kumpulan sokongan teknikal yang terdiri daripada pelbagai agensi/jabatan yang terlibat dengan analisis mikotoksin. Perkongsian teknikal dan latihan bengkel merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan oleh MKAK sejak tahun 2006.

 


Tahun Aktiviti

Year

Activity

2006

Ochratoxin A in cereal

2007

Simultaneous determination of Aflatoxins, Ochratoxin A and Zearalenone in cereal

2008

Aflatoxins in Peanut using Post Column Derivatization, PHRED

2009

Mycotoxins 6 in 1 in cereal

2010

Patulin in apple juice

2011

Citrinin in corn flour and red yeast rice

2012

Mycotoxin Seminar - latihan bukan teknikal

2013

Patulin in apple juice – latihan ulangan disebabkan teknik yang berbeza

2014

T2 and HT2 in maize

2015

Mycotoxin Seminar - latihan bukan teknikal

2016

Aflatoxin M1 in milk powder

2017

Aflatoxin M1 in cheese

2018

Mycotoxin Talk

2019

Mycotoxin Seminar - latihan bukan teknikal

2021

IAC Technology update for Aflatoxin (online training)

2022

Importance of Mycotoxin Analysis for Food Safety (online training)