Sukacita dimaklumkan bahawa MKAK, KKM menawarkan tempat bagi latihan industri/praktikal kepada pelajar-pelajar di peringkat Diploma, Sarjana Muda, Pasca Siswazah & Doktor Falsafah dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) Tempatan / Swasta bagi memenuhi syarat penganugerahan bidang pengajian masing-masing. Bidang latihan yang ditawarkan merangkumi bidang Teknologi Makmal Mikrobiologi/Perubatan, Bioteknologi Makanan, Mikrobiologi Perubatan, Information & Communication Technology (ICT) serta Pengurusan Pentadbiran.
Pelajar-pelajar yang berminat untuk menjalani latihan industri di MKAK perlu mengemukakan dokumen - dokumen berikut bagi tujuan pertimbangan & kelulusan penempatan serta agihan projek / tugasan yang bersesuaian dengan bidang pengajian pelajar:
|
|
|
dan alamatkan kepada :
Pengarah
Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan
Lot.1853, Kampung Melayu, 47000 Sungai Buloh,
Selangor Darul Ehsan
Tempat adalah terhad. Keutamaan diberi kepada calon-calon dari institusi yang mempunyai Memorandum of Agreement (MoA) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan bidang pengajian yang bersesuaian. Segala perbelanjaan sepanjang tempoh latihan adalah di bawah tanggungan pemohon sendiri. Permohonan dibuka sepanjang tahun dan mestilah diterima oleh pihak MKAK selewat-lewatnya (2) bulan sebelum cadangan tarikh mula latihan pemohon. Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut boleh menghubungi pegawai berikut:
Puan Hazlinda Ahmad |
|
Penyelaras Latihan |
|