Bahagian Epidemiologi


Bahagian Epidemiologi di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan adalah di bawah Pengarah Makmal Kesihatan Awam dan diketuai oleh Pakar Perubatan Kesihatan Awam. Bahagian Epidemiologi terlibat di dalam membantu merangka, menyemak, merancang, menetap, memacu, memantau perlaksanaan pengurusan data survelan makmal, wabak dan diagnostik, memantau pengurusan data makmal wabak, memberi bimbingan professional dan  khidmat nasihat teknikal ke arah pengukuhan program survelan makmal dan pengurusan wabak. Bahagian Epidemiologi juga terlibat di dalam pengurusan tadbir urus keperluan sumber bahagian dan menyokong tadbir urus MKAK bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang optima, efisien dan berkualiti bagi menyokong Program Kesihatan Awam.

Aktiviti komponen utama dalam pengawasan ini ialah:


  • Melakukan kompilasi, analisa, memantau dan menjana laporan data-data survelan makmal dan melaporkan kepada pihak berkepentingan.

  • Membangunkan dan/atau menambahbaik Survelan Makmal (Lab-Based Surveillance) sediaada.

  • Memberi bantuan dan nasihat teknikal kepada makmal dan kakitangan kesihatan di lapangan bagi penyakit yang berpotensi menjadi wabak.

  • Memberi bantuan dan latihan berkaitan pengujian makmal kepada kakitangan kesihatan di lapangan bagi penyakit yang berpotensi menjadi wabak.

  • Menyertai aktiviti program dan penyelidikan di bawah Bahagian Kawalan Penyakit KKM


Hak Cipta Terpelihara 2025 ©
Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan,
Kementerian Kesihatan Malaysia.

Paparan Terbaik menggunakan:
Google Chrome pada resolusi tinggi 1920 x 1080 px.