Bahagian Kualiti


Bahagian Kualiti bertanggungjawab dalam merancang, menyelaras, melaksana dan memantau pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK). Bahagian ini berperanan memastikan perkhidmatan makmal dilaksanakan secara cekap, berkualiti dan mematuhi keperluan piawaian serta standard akreditasi yang ditetapkan.

Bahagian ini komited dalam membudayakan amalan kerja berkualiti dan memastikan sistem pengurusan kualiti sentiasa diperkukuh selaras dengan keperluan serta perkembangan perkhidmatan kesihatan awam.

 

Fungsi Bahagian Kualiti Secara Keseluruhannya adalah seperti berikut:-


  • Menyelaras dan memantau pelaksanaan sistem pengurusan kualiti perkhidmatan makmal.

  • Menyelaras & menyediakan kertas kerja projek pembangunan bagi perkhidmatan makmal kesihatan awam

  • Menyelaras program pembangunan kompetensi bagi penjawatan terpilih (Continous Professional Development) 

  • Mengkaji dan membantu menambahbaik prosedur dan garis panduan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

  • Memantau dan mengawal selia status performance aset-aset terpilih, fasiliti makmal termasuk pengaliran pengudaraan dan ruang kerja selamat.

  • Menyelaras lawatan dari agensi-agensi yang berkaitan termasuk latihan sangkut dan industri.

  • Menyelaras dan memantau piawaian kualiti makmal:


    -MS ISO 9001: 2015

    -MS ISO / IEC 15189: 2014

    -MS ISO / IEC 17025: 2017

    -MS ISO / IEC 17043: 2010

PENCAPAIAN BAHAGIAN KUALITI

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image

Hak Cipta Terpelihara 2025 ©
Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan,
Kementerian Kesihatan Malaysia.

Paparan Terbaik menggunakan:
Google Chrome pada resolusi tinggi 1920 x 1080 px.