BAHAGIAN DI MAKMAL KESIHATAN AWAM KEBANGSAAN
Bahagian Makanan
Bahagian Makanan,MKAK telah mula beroperasi pada tahun 2000 bagi tujuan untuk perkhidmatan berkaitan analisis makanan yang ketika banyak tertumpu kepada pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan makanan. Selaras dengan keperluan dan edaran masa, bahagian ini turut menawarkan perkhidmatan analisis makanan bagi membantu pengawalan penyakit berjangkit dan penyiasatan wabak untuk memenuhi Program Kesihatan Awam.
Semua juruanalisa makanan di MKAK berdaftar di bawah Akta Penganalisis Makanan 2011 dan mempunyai Perakuan Amalan Tahunan. Bahagian Makanan MKAK telah mendapat akreditasi bagi persijilan ISO/IEC 17025 dan ISO 9001 untuk memastikan keputusan analisis yang dijalankan adalah berkualiti dan berintegriti. Justeru, bagi memenuhi kriteria persijilan ISO/IEAC 17025 semua parameter yang ditawarkan oleh Bahagian Makanan perlu menyertai menyertai program Ujian Kecekapan (PT) yang dianjurkan oleh pelbagai agensi kebangsaan dan antarabangsa untuk memantau kebolehpercayaan keputusan analisa dan kompetensi juruanalisa.
Bahagian Makanan juga pernah menjadi pusat latihan analisis makanan di peringkat kebangsaan dan masih meneruskan aktiviti sebagai pusat latihan di bawah Makmal Rujukan Mikotoksin. Beberapa pegawai telah diiktiraf dan dilantik sebagai pakar rujuk, penyelaras dan ahli Jawatan Kuasa Kecil Teknikal Analisis Makanan (JKKTAM) di bawah Program Keselamatan dan Kualiti Makanan. MKAK juga merupakan ahli Kumpulan Kerja Teknikal (KKT) di bawah Jawatan Kuasa Analisis Makanan (JKAM).
Terdapat sepuluh unit di bawah perkhidmatan analisis Bahagian Makanan yang telah diklasifikasikan kepada empat sekyen utama iaitu :
Seksyen Residu
Unit Residu Racun Perosak
Unit Residu Dadah
Seksyen Standard Makanan
Unit Aditif Makanan
Unit Standard & Pelabelan Pemakanan
Seksyen Kontaminasi Makanan
Unit Mikotoksin
Unit Pencemaran Industri & Persekitaran Makanan
Unit Pencemaran Semula
Seksyen Biologi dan Bioteknologi Makanan
Unit Mikrobiologi Makanan
Unit Molekular Makanan
Unit GMO dan Penspesisan Makanan
Fungsi / Perkhidmatan Bahagian Makanan
Bahagian Makanan MKAK berperanan membangunkan kaedah analisis baharu bagi penganalisaan makanan selaras dengan permintaan dan teknologi analisis terkini. Selain itu, makmal ini juga menawarkan perkhidmatan analisis makanan kepada agensi awam lain seperti Jabatan Kesihatan Negeri, Pejabat Kesihatan Daerah, Hospital dan juga agensi dari kementerian lain seperti Jabatan Perikanan dan Biokeselamatan.
PENCAPAIAN BAHAGIAN MAKANAN
MS ISO IEC 17025:2017
MS ISO 9001 : 2018
Makmal Rujukan Kebangsaan Mikotoksin
Makmal Rujukan Kebangsaan Mikotoksin (NRL)
Unit Mikotoksin Bahagian Makanan, MKAK telah dilantik sebagai Makmal Rujukan Kebangsaan (NRL) untuk analisis Mikotoksin pada Julai 2005 oleh Jawatankuasa Analisis Makanan (JKAM) yang dipengerusikan ketika itu oleh Jabatan Kimia Malaysia.
Tanggungjawab utama NRL adalah menjadi kumpulan sokongan teknikal yang terdiri daripada pelbagai agensi/jabatan yang terlibat dengan analisis mikotoksin. Perkongsian teknikal dan latihan bengkel merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan oleh MKAK sejak tahun 2006.
SENARAI AKTIVITI
YEAR | ACTIVITY |
---|---|
2006 | Ochratoxin A in cereal |
2007 | Simultaneous determination of Aflatoxins, Ochratoxin A and Zearalenone in cereal |
2008 | Aflatoxins in Peanut using Post Column Derivatization, PHRED |
2009 | Mycotoxins 6 in 1 in cereal |
2010 | Patulin in apple juice |
2011 | Citrinin in corn flour and red yeast rice |
2012 | Mycotoxin Seminar - latihan bukan teknikal |
2013 | Patulin in apple juice – latihan ulangan disebabkan teknik yang berbeza |
2014 | T2 and HT2 in maize |
2015 | Mycotoxin Seminar - latihan bukan teknikal |
2016 | Aflatoxin M1 in milk powder |
2017 | Aflatoxin M1 in cheese |
2018 | Mycotoxin Talk |
2019 | Mycotoxin Seminar - latihan bukan teknikal |
2021 | IAC Technology update for Aflatoxin (online training) |
2022 | Importance of Mycotoxin Analysis for Food Safety (online training) |