BAHAGIAN DI MAKMAL KESIHATAN AWAM KEBANGSAAN
Bahagian Penyakit
Bahagian Penyakit berperanan menyediakan perkhidmatan analitikal dan diagnostik makmal dalam pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit serta pengawalan wabak di Kementerian Kesihatan Malaysia. Bahagian Penyakit turut terlibat aktif dalam program-program penyaringan dan surveilan bagi menyokong program yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain daripada itu Bahagian Penyakit turut berperanan sebagai pusat latihan dalam perkhidmatan untuk anggota makmal seluruh negara, pusat pengembangan kaedah, jaminan kualiti makmal dan penyelidikan.
Bahagian Penyakit terdiri daripada 6 seksyen iaitu:
Seksyen Virologi
Seksyen Parasitologi & Mikologi
Seksyen Bakteriologi
Seksyen Biokimia
Seksyen TB & Kusta
Seksyen Entomologi
Seksyen Virologi dibahagikan kepada empat unit berdasarkan kaedah ujian iaitu:
Seksyen Virologi dilengkapi dengan Makmal Enhanced Biosafety Level 3.
Aktiviti:
Antara fungsi seksyen Virologi adalah :
Lawatan WHO bagi pemantauan Program Eliminasi Measles/Rubella Kebangsaan